Sunday, July 11, 2010

KAROT KEK LAGI!!!!!!!!













KAROT KEK (2)


  • 11/4 cawan minyak jagung
  • 4 biji telor
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan tepong gandum
  • 2 s/t vanilla
  • 2 s/t baking powder
  • 2 s/t soda baikabonat
  • 1/2 s/t garam
  • 3 cawan karot parut
  • 1 cawan walnut(ikut suka)
  • 1 cawan kismis (ikut suka)

Pukul telor dengan gula,Bila kembang masukkan minyak,karot,walnut kacau perlahan. masukkan tepong yang telah diayak bersama baking dan soda kacau rata. bakar 160"c selama -+ 1 jam atau hingga masak.

utuk frosting,50 gm mentega+215 gm keju+130 gm gula ising(pukul sebati)

****psssttt akak tak buat pon frosting m**** pon sedap gak.......

Friday, July 9, 2010

Roti Jala

Resepi Roti Jala (lepas ni jangan beli lagi ya....kita pakat buat sendiri,kalau malas order aje kat kyam hihiiii )

  • 3 cawan tepong gandum
  • 3 1/2 cawan air / atau susu atau santan
  • 1 biji telor
  • sedikit garam dan perwarna kuning

campurkan semua kacau hingga sebati ,siap untuk menjala......

Monday, July 5, 2010

CUBAAN MENDECO....walauponnnn







cubaan pertama mendeco guna butter cream ,best gak cuma deconya emmmm macam ji*****g lawak sungguh







Antara order yang sempat disiapkan sepanjang kesibukkan menanti serta menerima kedatangan Riad yang dikasihi.........moist coklat kek dan carrot kek







RIAD IRFAN (19/6/2010)

RIAD IRFAN (19/6/2010)

Lama sungguh tak mengupdate N3 ni........siap berhabuk,bersawang, dan segala berrrr......
xmasak ke?..........mana bolih...masih memasak ,masih mengambik order cuma ....kebelakangan ini sibuk sikit almaklumlah baru tambah ahli keluarga baru.........@ cucu pertama Riad Irfan tu yang sibuk tu sampai tak sempat mengupdate gambar baru....