Monday, February 28, 2011

ORDER Mengekek





















Sedang akak sibuk2 memasak petang sabtu lepas........maklumlah kita ni sabtu pon kerja mana sibuk masak untuk lunch.......masak apaaaa ek ari tu.....oooo akak masak siput sedut masak lemak cilipadi dengan labu....ikan pekasam goreng.....sambal telur...eemmmm sedap tauu...pastu siap2 prepare pulak untuk masak spaghetti sambut b'day along Mutalib phone berbunyi.......".Kak...saya ni leh tak tolong buatkan kek b'day anak saya?.saya nak esok"macam tulah lebih kurang ceritanya jadi

Terima gak lah ordernya itu.........lepas makan2 gelak2 gurau2 ngan anak cucu.....akak pon memulakan lah operasi megekek.......ada ke perkataan tu? hentam aje lah yaaa. anyway terima kasih kat adik2 yang sudi oder kek dari akak ya.

.

Birthday Attolib dan hasil deco cupcake...........anak2






25/2 lepas adalah b'day anak sulung akak tapi memandang jatuh pada hari jumaat so kami tukar pada hari sabtu......majlis lebih kepada makan2 untuk family aje.......adalah akak masak spaghetti bolognese.......trifle.....yang pastinya kek b'day akak buat sendiri "cheese choc kek" yang sangat2 kaya dengan coklat dan cheese.lupa buat gak coklat cup cake untuk di deco oleh anak2 akak yang kreatif lah sangat2.

Suka tenguk diorang teruja untuk mendeco kek tu sendiri...... lihatlah hasilnya.......

Monday, February 21, 2011

Tuesday, February 15, 2011

Monday, February 14, 2011

Bersarapan dengan roti nan

Roti nan (home made) 300 gm t/gandum 300 gm t/atta 1 pkt muripan 2 s/besar gula custor secubit garam 250 ml air suam 2 s/besar yougart asli 3 s/besar magerine cara2

  • masukkan semua bahan dalam BM.bila sudah naik uli dan dahagi kepada ketulan kecil.

  • leperkan .biar adunan naik semula(dlm 15 minit)

  • masukkan kedalam kuali non stick (jangan gunakan minyak)

  • gunakan api yang paling kecil(tutup kuali)

  • angkat bila sudah masak bolihlah dimakan dengan kari ayam ke,kari ikan atau sambal tumis.
Cubalah buat sendiri roti nan ini memang best

Wednesday, February 2, 2011

KEK KEJU PIC

Salam semua..... ari ni akak nak share satu resepi kek keju pic,tak perlu nak bakar buat nya pon taklah renyah sangat,biasanya kalau kita membuat kek keju bakar risiko,kek menjadi retak bila terlebih masak. Bahan2nya

  • 210 gm biskut marie (kisar halus)

  • 100 gm mentega dicairkan

  • 15 gm gula custor
Gaul semua bahan2 untuk lapisan biskut,padatkankedalam acuan spring foam,sejukkan kedalam peti sejuk sebentar. KEK

  • 500gm cream cheese

  • 100gm gula ising

  • 187.5 ml whipping cream

  • 250ml jus oren

  • 45 gm serbuk gelatin(pastikan yang halal) + 1/2 cawan air panas

  • 2 ketul buah pic dadu atau dicincang.

  • Hiasan (3 ketul buah pic dlm tin)
Cara2:

  1. pukul cheese dan gula hingga lembut.

  2. masukkan jus oren dan wipping cream,pukul sebati.

  3. bancuh gelatin dan air panas hingga rata,masukkan kedalam adunan cheese kacau sebati.

  4. masukkan buah pic yang telah didadu.kacau sebentar.

  5. tuangkan keatas lapisan biskut kita tadi,sejukkan dalam peti sejuk.

  6. hias dengan hirisan pic.

Tuesday, February 1, 2011