Thursday, December 20, 2012

RENDANG PUCUK UBI.....jangan gelak,!!!!!

Salam Semua
Agak2nya pernah tak cuba masak,makan atau rasa rendang pucuk ubi ni,buat Akak dan family pon baru pertama kali mencuba rendang ni. pernah terbaca dalam majalah berkenaan rendang ni tapi malas nak ambik pot.....maklumlah banyak lagi rendang2 yang sedap bolih dicuba .
entah macamane bercerita ngan kawan2 pasal masak2 ni terkeluarlah cerita kawan akak yang pernah mencuba rendang pucuk ubi ni,sedapppp kak cubalah . alamak dia ni biar betul......sajaaa aje takapa2 nanti cari kat pakcik goggle.....ada lah dua tiga blogger yang pernah buat rendang ni.....dari dapur madihah.dapur tanpa sempadan....kat myresepi @ lynnsham...apa2 pon terima kasih kat diaorang semua  bolih jugak akak mencuba resepi ini....dengar kata ni masakkan orang dulu2 N9....patut pon kita tak tau ,kita ni orang JB so meh sape2 nak mencuba .....trylah sedappp
  • 2 ikat pucuk ubi (ambil yang mude2 aje pastu cuci dan tapis)
  • 1/2 kilo santan pekat kalau nak lebih pon ok(siap kelestrol)
  • 3 batang serai titik
  • sesenduk cili padi giling
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • segenggam ikan bilis
  • asam keping
  • kunyit serbuk
  • garam,gula dan serbuk perasa
Satukan santan,cili padi bawang,ikan bilis,serai masak hingga hampir kering,rasakan garam dan gula sesedap tekak.
Masukkan daun ubi yang telah ditoskan tadi,gaul rata,masak hingga kering kena kacau sentiasa.
Masak hingga kering.
Siap bolih lah dicuba .

6 comments:

  1. Assalam,selama ni pucuk ubi sy masak lemak kuning atau rebus Dan cicah ngan budu je...bila tgk masakan rendang pucuk ubi tu rasa teringin plk nk Cuba lah...nmpk memang sedap tu..tq sharing.
    Salam kenal..Dah folow sini

    ReplyDelete
  2. Assalam Dik
    Akak pon macam awak masak lemak...rebus...first time buat semua pelik....Hb akak cakap mula2 rasa macam pelik pas tu dah dua tiga kali rasa sedap lah pulak...sebenarnya mmg sedap akak dah dua kali buat,nt trylah
    selamat berkenalan....

    ReplyDelete
  3. Pelik je nampak rendang mak ni.. Ada lagi? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pelik Mutalib.....tapi yang ni pelik sedap,eh!! bukan ke dah rasa semalam

      Delete
  4. sedap sgt!! org dah buat kat kg. Mereka sume ckp sedap... pas nih mesti bila balik kg kena buat rendang pucuk ubi...huhuhu

    ReplyDelete
  5. sedap sgt!! org dah buat kat kg. Mereka sume ckp sedap... pas nih mesti bila balik kg kena buat rendang pucuk ubi...huhuhu

    ReplyDelete