Tuesday, June 5, 2012

Serimuka...Roti Pandan untuk minum petang.....



Assallamualaikum semua ,Hari ni nak share dengan semua resepi seri muka yang simple dan sedap nak buat pon senang....tanak pulut pon guna rice cooker

  • 2 cawan beras pulut (xperlu rendam)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air panas
  • 1 s/besar minyak masak/garam 1 s/teh
Cuci pulut bersih,masukkan kedalam ricecokker,masukkan semua bahan air,santan.garam dan minyak masak seperti menanak nasi biasa.....kacau bila sudah kering
Tekan pulut kedalam loyang hingga padat.....siap lapisan atas pula.
  • 60 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 90 gm gula pasir
  • 2 biji telor
  • sedikit garam
  • 375ml  pati santan
  • pandan paste dan sikit perwarna hijau
Masukkan semua bahan kedalam blend .blend rata kemudian ditapis.panaskan periok kukus masukkan bahan yang diblend keatas pulut kukus tadi kukus hingga masak <>40 minit.

No comments:

Post a Comment