Kaswi keledek ni Akak buat 3-4 hari lepas.....ambik resepi kat Kak Besah MYR....ok juga rasanya satu kelainan selain dari kaswi biasa,nak buat pon senang itu yang penting kan?
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung sagu/ubi
- 1 cawan keledek rebus(yang telah dilecek)
- 3/4 cawan gula halus
- 2 1/3 cawan santan(akak guna santan kotak 1 + dgn air)
- 1/2 s/k garam halus
Blend semua bahan sebati.panaskan kukusan,sapu minyak pada loyang...kukus selama 30 minit atau hingga masak. sejukkan hidangkan dengan kelapa garam.
ppsstt....dlm piring biru tu nak bagi kat jiran(pulang piring dia bagi akak goreng sukun ari tuuu)
No comments:
Post a Comment