Tuesday, March 29, 2011

COKLAT........






















Percubaan pertama dalam membuat coklat oreo.........pernah gak buat coklat mint yang biasa2 tu tapi tak pernah lak teuja sesangat....tapi bila akak buat coklat oreo ni ....jadi suka sesangat sebab nampak kelasnya tersendiri.......sebenarnya dari last year lagi seorang teman cina kenalkan pembuatan coklat ni....tapi masa tu akak tak minat sangat........tapi bila semalam jumpa lagi dengan dia (Woon) masih lagi soalan yang sama "you dah try buat coklat oreo tu?"eeemmm aaa

oooo eeee ok ok ari ni gak I try.....

Takde alasan dah......taraaaaaa..... woon I dah buat ooooo sedap looorrr....xrugi cuba resepi Ms Woon! Thanks a'lot Woon.....

Minggu B'day........






















Diantara oder2 yang sempat dibuat..........minggu lepas

Friday, March 25, 2011

Bingka tepung pulut (kuih Lama)











BAHAN2NYA
  • 450 ml santan
  • 150 gm gula melaka
  • 100 gm gula pasir
  • sedikit garam
  • daun pandan
  • esen vanilla
  • 250 gm tepung pulut
  • 250 gm kelapa parut (putih saja)

santan+gula melaka+gula pasir+garam+pandan+vanilla masak hingga mendidih dan tapis.

tepung pulut + kelapa digaul rata kemudian masukkan adunan santan kacau hingga sebati.

Tuang kedalam loyang yang disukai dan disapu minyak,bakar 160c selama 30 minit atau hingga garing.


PS:

  1. Kepada Alang @ Zadariah Idris cuba jangan tak cuba........
  2. Terima kasih kepada Fida sebab berkongsi resepi ini

Wednesday, March 23, 2011

Ayam panggang @ kenny rogers




Ramuan


1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-2 untuk make up ayam :

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran- akak guna serbuk rempah paprika je
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara Penyediaan

  • Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  • Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  • Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  • Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  • Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


Sumber: OhResepi.com :: Rangkaian Komuniti Berkongsi Resepi Masakan Tradisional Dan Moden.

Monday, March 21, 2011

Ahad 20/3 dan Resepi Apam Pisang










Hari Minggu rasanya mmg hari berehat


untuk setengah orang ,tapi tidak bagi akak .......tetap bangun seawal 5 pagi .....pastu terfikir apa projek ari ni....eemmmm semalam anak lelaki ketiga akak col


mak.....kek coklat moist tu berapa ya mak jual? aiiiii tak pernah2 anakku itew bertanya pasal harga2 kek....mesti ada apa2 ni(dlm hati bercakap) kenapa anak...awak nak makan ke?


tak delah ni sisiti(isterinya) teringin nak makan.......oooooxpe2 esok (ahad) lunch kat umah mak nanti mak buatkan....sian anak2 baru ku perasan selama ambil order kek ni lum ada lagi buat makan2 kek untuk diaorang kecuali b'day kek .teruk betul mak ni!!!!!

ok hari ini akak mulakan projek dengan apam pisang utk b'fast

lepas tu terus dengan moist kek untuk anak2 buat dalam tiga loyang kecil dan kukus.........

siap2 pulak untuk mak tengah hari....rasa2 nak buat nasi udang lagi sebab ari tu tak puas makan.......so siap terus col anak2 ajak diaorang lunch sekali....rupa2nya ari ni jugak anak sulung sambut annivesary ke 6 mereka.....so ngam2lah .....apa2 pon mak doakan kelian berdua sentiasa sihat serta sentiasa berkasih sayang.....amin sayang Attollib n Zila nurin. Alhamdulillah sebelum zohor dapatlah anak2 menikmati nasi udang masakan maknya...

Selera benar akak lihat anak akak Abdul Wahid menikmati coklat moist yang telah akak hias dengan coklat cair serta strowberry....... pssttt.....katanya si isteri yang nak sangat makan kek itu tapi .........sebenarnya sang suami yang beria2 memakanya .....hai anak2

kat bawah ni akak share resepi apam pisang yang senang dan sedappp......


  • 1 1/3 tepung gandum

  • 1 s/teh baking powder + 1 s/teh soda baikabonat

  • 1 s/makan milo + 1 s/makan koko

  • 1 s/teh garam

  • semua bahan2 diatas diayak rata.

  • 1 biji telor ( diblend)

  • 1 cawan minyak

  • 1 cawan brown sugar

  • 1 cawan pisang yang telah dilenyek

  • hirisan pisang untuk hiasan

senang aje nak buatnya telor+gula+minyak diblend kembang(guna blender aje) pastu gaul sebati dengan pisang lenyek,bila rata gaul pulak dengan bahan yang telah di ayak tadi dan bolih dikukus......acuan perlu disapu minyak ya ..kukus dalam 15-20 minit .

Thursday, March 17, 2011

Puding Roti




Inilah sarapan akak untuk ari ini ...puding roti sedap dan senang bangat membuatnya......




  • 2 keping roti putih

  • 2 s/besar tepung jagung

  • 2 s/besar gula halus

  • 100ml susu cair(akak guna fresh milk)

  • 2 biji kuning telor

  • sedikit kismis dan vanilla

koyak2kan roti eeemmm tak bestlah bahasanya tu potong kecil2 roti dan gaulkan bersama kismis ketepikan.pukul telur...campurkan bersama susu,tepung jagung n gula halus gaul rata2.masukan roti yang telah dipotong tadi kedalam bekas2 kecil (loyang mafin) tuang kan adunan susu tadi .....sedia untuk dibakar .


sangat sesuai untuk hidangan b'fast......macam akak..

NASI UDANG



Selasa lepas Besan dari perak ,nak datang kerumah langsung lah akak pelawa untuk makan malam sekali tapi nak masak apa ya.......tiba2 datang idea ,apa kata kalau kita masak nasi udang sedap jugak agaknya......pernah tenguk dalam blog kengkawan eemmm nasi udang ....kurma sayur....ayam masak merah ok....ok confirm sedap niiii.....balik dari office kol 6 ptg terus aje siapkan semua bahan2 memasak.....first masak ayam dulu.....goreng pas tu masak merah siap!!!
pas tu potong karot,kentang.kobis,tomato n cili capsicum hijau ......ketepi..ketengah..siap pulak kurma sayur....last sekali goreng udang dengan rempah kari,kunyit n garam goreng jangan garing sangat angkat pas tu tumis bahan nasi dalam periuk tekanan Amway 7 minit aje siap masak........isk isk isk dasat you ......cepat tul masak nasi guna periuk niii......nanti kalu rajin akak masukkan resepi penuh nasi udang ni yaaa.
Maka siaplah hidangan untuk menjamu besan dari Bota....itewwww

NASI UDANG
  1. 1/2 kilo udang dibersihkan (gaul dengan serbuk kunyit + rempah kari + garam)goreng hingga masak
  2. 4 cawan beras (cuci bersih dan ditapis)
  3. 4 cawan air
  4. 1 cawan susu cair
  5. bawang merah + bawang putih + halia di tumbuk halus
  6. bunga lawang/kayu manis dan plaga
  7. 1 s/besar rempah kari .
  8. sedikit serbuk lada hitam serta garam
  9. 1/2 biji bawabg besar dihiris 2.
  10. 1 kiub ikan bilis

CARA2

  • panaskan minyak tumis 9,6,5 hingga wangi masukkan bahan 7 dan beras goreng sekejap.
  • masukkan air ,susu,lada hitam,kiub bilis dan garam masak seperti biasa.Bila nasi kering susun udang yang telag di goreng diatasnya.biarkan nasi hingga betul2 tanak.

bolihlah dihidangkan dengan lauk2 yang digemari......

Wednesday, March 9, 2011

Buttermilk Pancake



Sumber dari: blog Secubit Garam

Bahan-bahan

  • 150g tepung hot pancake - jika tiada ganti dgn tpg SRF atau tpg kek + 1sk baking powder dan soda dan secubit garam
  • 100ml buttermilk
  • 1 biji telur size M
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan butter cair - optional

Cara-cara

  • Jika menggunakan tepung hot pancake, bancuh semua sebati menggunakan whisk@spatula dan masak seperti biasa.
  • Jika menggunakan tepung SRF@tpg kek, blend semua sebati dan biarkan sebentar 10-15min baru masak atas kuali seperti biasa.

Buttermilk Homemade:

1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka
@
1 cawan susu segar + 1 sudu besar lemon jus