Wednesday, March 23, 2011

Ayam panggang @ kenny rogers




Ramuan


1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-2 untuk make up ayam :

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran- akak guna serbuk rempah paprika je
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara Penyediaan

  • Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  • Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  • Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  • Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  • Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


Sumber: OhResepi.com :: Rangkaian Komuniti Berkongsi Resepi Masakan Tradisional Dan Moden.

No comments:

Post a Comment