Monday, July 25, 2011

Talam Lapis Lumut @ kacang hijau




Salam semua.....
Ari ni Akak nak share satu resepi yang Akak dah cuba semalam ,lembut aje kejadianyerr ,ada rasa macam kole kacang versi lembut....klu letak tahi minyak atas nyer mesti lagi sedap komen dari en.suami...tapi kan kalau dah letak tahi minyak dah jadi kole kacang lah pulak ,xleh xleh

Bahan A
  • 300 gm k/hijau direbus empuk .
  • 1 pek tepung hoen kwe (85 gm)
  • 150 gm tepung gandum
  • 300 gm gula pasir
  • 1500 ml santan
  • 50 gm tepung beras
  • 1 biji telur

Bahan B

  • 70 gm gula merah
  • perwarna hijau dan coklat


Cara-caranya
  • Blend semua bahan A,bahagi kepada 2 bahagian.
  • 1 bahagian campurkan gula merah dan perwarna coklat kacau rata,
  • 1 lagi bahagian campurkan perwarna hijau kacau rata.
  • kukus selapis selapis dalam 10 minit setiap lapis
  • Buat hingga habis.
  • (guna loyang 10in.....agak muai)
Akak cuma buat setengah adunan aje tu pon dah banyak.

No comments:

Post a Comment