Tuesday, May 25, 2010

MOIST COKLAT KEK

ODER DARI HELMY



Terima Kasih buat Nor ..... order b'day kek untuk anaknye Hidayah.... Harap Hidayah suka yaaa

sorrylah Nor... Akak tak pandai nak deco bagai... Simple2 bolehlah...

MUFFIN COKLAT


Buat muffin coklat kaw2 untuk buah tangan kawan Ain, sebab Ain nak gi rumah kawannya di Alor Setar semalam......

Makan2 Besama Family dan makan bersama kawan2







Kita lupa sekejap pasal masak memasak ni! Jom kita layan gambar2 makan2 akak bersama anak2... Gambar xberapa cantik sebab guna hphone je... Ni kami gi makan kat Tanjung Harapan Klang ok lah... Anak belanja kan sedap ajee.. Layannnnnn......



Apam Mekar



PUDING MARBLE


Monday, May 24, 2010

Pau Melayu


Pau melayu?....pelikkan.....sebenarnye akak saja kata pau melayu sebab bahan2nye biasa aje xyah guna tepung pau ke tepong hong kong...kita cuma guna tepung gandum aje rasanye sedap gak cuma agak berat sikit serta kurang putih......
untuk inti bolihlah kita pelbagaikan kelape ke,kacang hijau ke atau kacang merah ok gak....
untuk buat pau nye ini bahan2nye..
  • 1 kg tepung gandum
  • 11gm muripan
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan minyak masak atau jagung.
  • 21/2 cawan air (tambah jika perlu)

Gaul tepung dengan muripan. Gula larutkan dengan air,Uli seperti biasa biar hingga naik.isi inti yang disukai...bulat2kan biarlagi hingga naik dua kali ganda. kukus selama 10-15 minit sahaja.

Sunday, May 9, 2010

Maklang Corner: KELAS SROLL - 9/5/2010




Baru pertama kali buat swiss roll yang memuaskan hati,selalu tu kalu buat mesti fail dalam megeroll ,so tak rugi gi kelas megeroll ni........banyak tips2 dan taknik yang betul TQ2 cikgu...

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik:
Maklang Corner: KELAS SROLL - 9/5/2010

Wednesday, May 5, 2010

Layered Mango Pudding

Bahan-bahan
  • 300ml susu segar
  • 200ml air
  • 100 gm gula
  • 1 1/2 s/k agar2 serbuk
  • 1 biji mangga mengkal(didadu)
  • 1 biji mangga ranum-dijadikan puri
Cara-cara
  1. susu,agar2 dan gula dikacau atas dapur hingga mendidih,matikan api.
  2. puri mangga dicampurkan dengan 5~6 sudu adunan agar2 tadi ketepikan.
  3. mangga yang didadu dibubuh sedikit kedalam bekas puding.Tuang 3/4adunan agar2 tadi kedalam acuan.bekukan sebentar.
  4. apabila hampir beku, tuangkan pula puri mangga keatas puding tadi.simpan kedalam peti ais hidang sejuk.
  5. kalau yang tak suka mangga bolih gak ganti dengan strawberry.

Yong Taufu Grand Bon Voyage (ver 0.1)

Resepi disumbangkan oleh: Mutalib Attholib.

Nota: Masakan ini adalah suatu resepi yang amat dirahsiakan oleh mana-mana chef di dunia. Diharap pembaca dapat menyimpan rahsia resepi ini seperti yang diharapkan oleh penciptanya iaitu Mutalib Attholib.

Sering kali kita membeli Yong Taufu di pasar malam atau di gerai tepi jalan. Adakalanya sedap dan adakalanya sebaliknya. Selalunya kelazatan Yong Taufu terletak pada kuahnya yang terdiri dari sos hitam dan sos merah. Jika para pembaca ingin tahu cara membuat kuah tersebut, hamba meminta maaf kerana hamba pun tak tahu.

Namun di sini hamba ingin mengajar para pembaca membuat Yong Taufu special yang hamba gelarkan "Yong Taufu Grand Bon Voyage (ver 0.1)".

Bahan-bahan:

  • Yong Taufu pasar malam semalam yang tak habis (disimpan dalam peti ais). Pastikan kuah dan taufu/fishball dan lain-lain tidak bercampur sebelum disimpan.
  • er.. itu aje.
Cara-cara:

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian, selepas cukup panas, masukkan kuah Yong Taufu semalam ke dalam kuali. Kacau hingga bangkit baunya. Selepas itu, barulah masukkan segala bahan2 yang lain seperti taufu, fishball, sosej, dan sayur kang kong. Kacau hingga sebati dan hidangkan semasa panas.

Sekian. Diharap memberi manafaat kepada rakan-rakan sekalian.

Blueberry Cheese Cake


Bahan-bahan

  • 500 gm Cream cheese
  • 400 gm condenced milk
  • 1 tsp kulit lemon (parut)
  • 2tsp lemon juice
  • 1 cawan biskut(dihancurkan)biskut ikut suka
  • 1/2 cawan mentega cair
Cara-cara
  1. Biskut dicampur dengan mentega cair sampai rata dan tekan dalam loyang.
  2. pukul cream cheese,susu,parutan lemon dan lemon juice. pukul sebati
  3. masukkan adunan cheese kedalam loyang biskut.
  4. masukkan kedalam peti ais dalam 2 jam
  5. bolihlah dibubuh topping bluebarry ke,strawbarry ke ikut suka.

Cup Cake

Kuih Lompang

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula merah + 3 cawan air + pandan (dimasak)
  • 1 s/teh air kapur

tepung gandum +t/beras + 2 cawan air kacau rata. Tapis air gula panas2 kedalam adunan tepung kacau rata. Panaskan kukus tuang adunan ke dalam acuan kukus dalam 15 minit .



Kuih Koci


Resepi koci ni dah ada kat sebelah..........tuuu saja akak buat untuk minum petang

Kuih Bakar Pandan


Bahan-bahan

* 2 cawan tepung gandum
* 3 biji telur(A)
* 600ml santan
* 250 ml jus pandan
* perwarna hijau
* 1 cawan gula
* 1/2 s/t garam
* 2 s/b magerine
* bijan untuk tabur

Satukan semua bahan kacau dengan menggunakan pemukul telur hingga sebati dan rata. Bakar dalan oven yang telah dipanaskan,alas loyang dengan alminium foil supaya tidak melekat. Lepas 10 minit keluarkan taburkan dengan bijan,bakar kembali hingga masak.

Sebenarnya kuih ni senang aje........ramai dah tau buat .....tapi saje je akak nak letak resepi ini untuk kegunaan anak2 masa depan....esok2 kuih moden pandai buat tapi kuih2 lama yang simple macam ini kelam kabut.......

Sunday, May 2, 2010

Aneka sambal dan sos

Sos lada Hitam
Bahan-Bahan
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 4-5 sudu besar lada hitam (blend)
  • 2 s/besar sos tomato
  • 2 s/b kicap pekat
  • 1 cawan air rebusan ayam /daging (bolih gak ganti dengan kiub)
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • 2 s/b susu cair atau fresh milk
  • 1 s/b butter
  • garam dan gula

Panaskan butter tumis bawang dadu masukkan air dan kiub.masak hingga mendidih,masukkan bahan2 lain rasa garam gula kacau rata.

________________________________________________________________

Sos Chiken Chop

  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 s/besar tepung jagung (campur dengan 2 cawan air)
  • 2 s/b kicap pekat
  • 2 s/besar lada hitam tumbuk
  • 1 kiub ayam
  • garam,serbuk perasa,minyak

Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan air bancuhan tepung jagung,kicap,lada hitam,kiub ayam,biar mendidih dan pekat rasa garamnye.

______________________________________________________________

Sos Cendawan/ Mushroom sauce

Bahan-bahan
  • 1 Biji bawang besar didadu
  • 2 s/b minyak zaiton
  • 1 s/b mentega
  • 1 s/b tepung gandum
  • 1 s/b tepung jagung (bancuh dgn 1/2 cawan air)
  • 2 cawan air
  • 1 cawan susu segar
  • 1 kiub lembu
  • 1/2 s/k lada sulah
  • 1/2 s/k lada hitam....klu nak pedas bolih lebihkan.
  • 1/2 tin cendawan butang (hiris nipis)
  • 3 s/b sos perang (HP original)
  • 3 s/b kicap manis
  • 1/2 s/k oregano
  • garam secukup rasa
  1. Panaskan minyak zaiton dan mentega.Tumiskan bawang besar cincang hingga layu.kecilkan api masukkan tepung gandum dan kacau rata.masukkan susu segar dan air 1 1/2 cawan tadi. lagi 1/2 dicampur dengan tepung jagung tadi.
  2. Masukkan kiub lembu,lada sulah,lada hitam,cendawan, HP sos,dan kicap manis.
  3. Biarkan sos mendidih,kacau sentiasa.masukkan air tepung jagung dan garam.

Sos ini sesuai untuk dimakan dengan chiken chop.stik dan apa2 aje yang sewaktu dengannyee.

____________________________________________________________

Sos Sotong Kangkung











Bahan-bahan

  • 25~30 tangkai cili kering
  • 240 gm gula melaka + 1 sudu besar madu
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 250 ml air
  • 5 s/makan petis
  • 1/2 botol sos tomato
  • 1 s/makan cuka bolih gak ganti dengan limau kasturi
  • 1 s/makan tepung jagung (bancuh dengan 2 s/makan air)
  1. Masak gula melaka dengan air ~ bila larut ~tapis.
  2. Masukkan semua bahan kecuali tepung jagung biar mendidih.akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung biar sedikit pekat . siappp.

Sediakan sotong kembang yang telah dipotong2 serta dicelur sekejap.hidangkan bersama kangkung dicelur,timun tahu dan apa2 yang disukai Akhir sekali tabur dengan kacang tumbuk. bolihlah di cuba resepi ini ..............salah satu fav.akak xperlulah nak makan sotong kangkung kat luar lagi ...ok