Sunday, January 29, 2012

ODER DAN AXTIVITI BERSAMA RIAD IRFAN......

 Weekend lepas Akak ke KARNIVAL BUKU 2012 @ Karangkraf waduhhhh rasa xnak balik tgk offer2 buku kat sana.Dekat 20 biji novel yang Akak borong....rasanya macam tak cukup tapi.........wallet terasa ringan hihiii.....sabarrrr Mariam,,,esuk masih ada..

 Penulis buku fiksyen yang sangat diminati RAMLI AWANG MURSHID....pssttt tengah sign buku Akak lah tuuuuu......
Sempat gak menyiapkan 2 oder moist kek ngan kek pandan.......
Sempat gak bawak Riad ke Pa&Ma......Siap ambik gambar....masalah cucu akak ni xmesra kamera seksa gaklah nak ....adalah dekat 10 shoot bebudak crew Pa&Ma snap.....dia buat muka selamber aje...

Wednesday, January 25, 2012

LABU lah pulak.......

 LEPAT LABU

 TALAM UBI

 BINGKA KELEDEK


 APAM LABU


Semua kuih2 kat atas ni akak buat semasa cuti CNY.....mana yang isi dlm polistrin tu untuk dibahagi2kan
kat anak 2.Dalam banyak kuih tu akak paling suka apam labu tu tersangat gebus dan sedap bangat

Selain kuih berasas pisang labu jugak termasuk senarai kuih2 fav akak.
jom akak share resepi apam labu yang sedap ni ya
  • 300 gm labu (rebus empuk)
  • 400 gm tepung gandum
  • 200 gm gula pasir
  • 400 ml santan
  • 3 biji telur
  • 1 pkt ibu roti (muripan)
  • 2 s/kecil baking powder
  • sedikit garam
Blend labu,santan,telur dan ibu roti hingga sebati.
Tepung gandum diayak bersama baking dan garam.
Tuang adunan santan tadi kedalam tepung gandum yang telah diayak, gaul rata dan sebati simpan selama sejam.
Kukus kedalam acuan yang disukai selama 10-15 minit.

Tuesday, January 24, 2012

Apam Polkadot @ apam dot2



Salam semua.........
Akak sangat suka membuat apam ni ..........sedikit mencabar kesabaran dan kritiviti(btl ke ejaannyer)
jom kita tgk resepinyer ya
  • 3 biji telur
  • 170 gm gula halus
  • 275 gm tepung gandum
  • 150 ml susu segar 
  • 3 s/teh baking powder
  • 1 s/teh ovallatte
  • bluebarry/strwbarry/kaya/coklat atau apa2 inti yang disukai
Masukkan semua bahan kecuali bahan inti ,pukul hingga gebu dalam 5-6 minit,
bahagikan ikut warna yang digemari...... kukus selama 10-15 minit siap.

Saturday, January 14, 2012

Antara kuih minum petang yang sempat dibuat.....

 Bubur Kacang merah durian.....pelikkan !!!!tapi jangan tak tahu bubur kacang merah rupa2nyer lebih sedap dari kacang hijau.....

 Talam Pisang........sedap sangat (nanti akak masukkan resepinyer bila Free yaa)

 Apam Mekar........lembut dan gebu

Bingka Kastard (dan resepi)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tpg kastad
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan magerine (cairkan)
  • 410 ml susu sejat (akak guna susu kotak UHT)
  • 4 cawan jus pandan
  • perwarna hijau
  • bijan
  1. panaskan oven 180'c
  2. kisar semua bahan kecuali bijan dan tapis
  3. Loyang disapu magerine,masukkan adunan kedalam loyang
  4. tabur bijan bakar selama 30 minit atau hingga masak dan garing
  5. sejukkan sebelum dipotong.

Wednesday, January 11, 2012

Apakah nama sebenarnyer?

Cucur......jemput2.....atau cekodok eeemmmm tak pulak akak tau apalah sebenarnye kuih ini yang akak buat selepas balik dari office semalam....terasa sangat nak memakannyer,jemput2 durian @ cucur durian @ cekodok durian lantaklah apa yang nak dipanggil janji sedap dimakan......paling penting senang dan cepat.
  • 4 cawan tepung gandum + 1 s/t soda baikabonat + 1/2 s/t baking powder
  • 2 cawan susu (akak guna susu kotak UHT)
  • 1 cawan gula pasir (kurangkan kalau xnak manis sangat)
  • 1/2 s/t garam halus
  • 6-7 ulas durian
campur semua bahan diatas gaul rata.......panaskan minyak buatlah macam kita membuat jemput2 pisang.

sangat sedap bila dimakan dengan teh o .....

Tuesday, January 10, 2012

Cream Puff n Kek (order last week)




Last week ada lagi oder kek dan cream puff.......sebenarnyer dalam kalender bulan jan ni setiap hujung minggu ada aje oder....alhamdulillah

Monday, January 9, 2012

BINGKA CEMPEDAK


Cempedak buat bingka?sebenarnyer Akak pun baru dengar....biasa cempedak kita goreng dapat yang isi tebal2 tu fuuuuu sedapnyerrr.......kena lak dengan kopi o, Omak oiii mertua lalu belakang memang tak  nampak hihiii
 dah cukup2lah.... Jom Akak share resepi bingka cempedak yang sedap dan wangi bila dibakar,resepi ni Akak dapat dari Pakar @ ratu Bingka kak Fida.
  • 300 gm isi cempedak(bijinyer jangan dibuang ...nanti rebus empuk2 kita buat sambal tumis sedappp)
  • 650 ml santan
  • 2 biji telur
  • 240 gm tepung gandum
  • 150 gm gula pasir(bolih dikurangkan ,jika cempedak tu manis)
  • 1/2 s/k garam
  • 80 gm mentega dicairkan
  • 1/2 s/k perwarna oren atau kuning
  1. Tepung,gula,garam masukkan dalam bekas besar
  2. santan,cempedak,telur diblend sebati,Masukkan kedalam mangkuk tepung gaul rata2.
  3. Masukkan mentega cair serta perwarna  gaul rata supaya tidak bergentel.
  4. Alas loyang 10x7 dengan seedikit magerine,Bakar  dalam suhu 170'c selama 45 minit atau hingga masak dan garing
  5. sejukkan sebelum dipotong

Sunday, January 8, 2012

TART KENTANG


Salam Semua........
Akak nak share satu resepi yang akak dah buat minggu lepas....rasanyer sangat sedap n sesuai untuk sesape yang ada anak2 kecil mesti diorang suka ni.......lebih2 lagi akak yang mmg suka kuih2 yang berasas kentang sedap bangat cuba tau nanti :
  • 5 biji kentang (dibuang kulitnya dan dibasuh,sagat halus)
  • 1 biji karot (disagat halus)
  • 1/2 biji bawang besar juga disagat halus
  • Crab stick ikut suka (dipotong kecil)
  • 1/4 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 pkt mozzarella cheese
  • sedikit daun bawang
  • garam,serbuk perasa,lada putih
  • 2 sudu besar tepung jagung
  1. Campurkan kentang ,karot dan bawang besar dalam satu bekas besar(klu bolih perah keluar air dari tiga2 bahan ini)
  2. pukul susu bersama telur,tuang kedalam campuran kentang tadi,kacau rata.Masukkan segenggam cheese,daun bawang,isi ketam dan semua bahan perasa.Gaul sebati
  3. sapu magerine pada acuan muffin.Isikan adunan tadi dalam 3/4 acuan dan tabur sedikit cheese,buat hingga habis.
  4. Bakar dalam oven 190"c dalam 20 minit.sejukkan sebelum dikeluarkan.
  5. sedap dimakan dengan sos cili.