Wednesday, April 25, 2012

BUBUR TERIGU @ BUBUR GANDUM..........

Assallam semua......
Gambar diatas adalah contoh biji barli...dikatakan serat barli ini mampu merendahkan kolestrol dalam darah.Menakala gambar dibawah ini adalah contoh biji gandum@t Terigu.
Agak2nyerlah berapa ramailah megenali terigu ni?......ada orang kata terigu ngan gandum ni berbeza,tapi setelah akak kaji setelah akak selidik.....hihihi macam saintislah pulak,akak  dapati dia adalah benda yang sama. Tapi kalau nak compare dengan barli ya betul sangatlah berbeza......gandum@ terigu ni warnanya agak kekuningan tapi barli pula putih aje warnanya walaupon size agak sama.
Untuk memasak bubur gandum.....memakan masa yang agak panjang,tetapi kalau kita tau teknik yang betul untuk membuat bubur ini sangatlah senang dan biji gandum kita cantik kembangnya....
so setelah bercerita @ berkongsi cerita pasal gandum ni jom kita tgklak resepi nya.mmg ramai diantara kita pandai nak membuat bubur ni cuma cara serta teknik aje yang berbeza. So Akak rasa tak salah akak share dengan semua cara sebenar untuk membuat bubur ini.
  1. 1 peket biji gandum @ Terigu
  2. 3 lt air
  3. 350 gm gula melaka
  4. 100 gm gula pasir(ikut manis yang kita sukai)
  5. 500ml santan(1/2 kotak santan +air)
  6. 1/2 sudu teh garam
  7. 4 helai daun pandan
Cuci terigu bersih ,rendam dalam air yang 3 lt tadi,selama 1 jam. Masak gula melaka dengan sedikit air dan tapis.
Rebus terigu tadi masukkan sekali daun pandan selama 1/2 jam,tutup api,biarkan selama 30-45 minit. Hidupkan api masukkan santan ,air gula,gula pasir masak hingga mendidih dan siap.

Untuk santan putih (peribadinya Akak mmg suka makan apa2 bubur yang diasingkan pati santannya)
  • 1/2 kotak santan
  • 1/2 cawan air
  • 1 s/teh garam
Masak semua yang diatas hingga mendidih ,sedia untuk digunakan.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment