Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-Muih. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Thursday, April 26, 2012

YANG DINAMAKAN SERABAI.......



Assallam semua.......
Hari ni Akak nak share satu resepi yang Akak suka tapi anak2 xsuka sebab kuih @ serabai dicicah dengan kuah durian........so selamatlah mak leh makan puas2 hihihii
Kuih @ serabai ini dikatakan kuih tradisi orang Melaka,mereka menyediakan kuih ini bersama pengat pisang atau apa2 manisan lain yang disukai.
  • 300 gm tepung beras
  • 600 ml santan(drp 1kotak +air)
  • 1 s/besar yis
  • 1 s/k gula
  • 1/2 s/k garam
Caranyer sangat senang,campurkan semua bahan dlm blend ,blend halus dan perap 10 minit.
lanserkan kuali dengan minyak,tuang sesenduk adunan......tutup dengan tutup periok agak 5-6 minit hingga masak.
* untuk serawa durian senang aje.....Masukkan dalam satu periok durian,gula merah,gula putih,santan,garam,daun pandan....masak hingga mendidih.....siap
angaran untuk serawa terpulang pada kita.....dalam memasak ni kita kena pandai mengagak ....so sentiasa rajin kedapur ya adik2 dan anak2....practise to make perfect..... ok

Wednesday, April 11, 2012

Apam balik......kite

 Wah sekarang dah tak nak lagi beli2 apam balik ....bolih buat sendiri lagi best ......
nak resepi? bolih2222
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 s/teh soda baikabonat
  • 1 s/teh baking powder
  • 1 biji telor
  • 11/2  cawan air
  • perwarna kuning,mentega(utk oles)
  • kacang tumbuk(utk tabur)dan gula kalau suka
Blend telor dan gula hingga kembang masukkan air dan tepung ,dan yang lain2
blend sebati.
oleskan mentega pada kuali,sendukkan satu adunan tadi,nipiskan....sementara masak taburkan kacang dan gula,masak angkat dan lipat dua.....siap (time kasih ms Oreo sebab kongsi resepi ni)

Thursday, March 8, 2012

KENTANG oh KENTANG

Assallamualaikum Semua!

Hari ni Akak takleh nak bercerita panjang2 cuma nak share satu resepi kegemaran Akak and En suami untuk breakfast atau dimakan bila rasa taknak makan benda2 yang berat2 kononnyerrrr.....

Goreng Kentang Bertelur :
  • 7 Biji kentang (buang kulit dan rebus hingga empuk)potong dadu
  • 2 Biji Bawang putih dicincang.
  • 3 Biji Bawang Besar didadu.
  • 1 S/besar lada putih tumbuk kasar.
  • Daun sup potong halus
  • 4 Biji telor di pukul sedikit.
  • garam/serbuk maggi secukup rasa
  • sedikit bawang goreng(kalau suka)
  • 3 sudu besar minyak sapi/bolih gak ganti dengan butter
Tumis bawang putih n bawang besar dengan minyak sapi/butter hingga layu. Masukkan kentang yang telah didadu tadi berserta lada sulah/putih kacau rata.Masukkan garam serta serbuk maggi,kacau lagi 2-3 minit. Bulatkan /kosongkan tengah2 kuali ,masukkan telur yang telah dipukul,biar sebentar sebelum digaul rata setelah semua rata dan telur masak masukkan daun bawag serta bawang goreng. Siap!

Sediakan bersama sos cili sangatlah lazatnyerrr hihihiii xcaya buat sendiri n rasa....

Psstttt yang nampak ada cili2 merah tu ... Akak sajer2 jer tambah tuk nampak warna2.......biar glemmmrrrr

Tuesday, March 6, 2012

BINGKA KELAPA

Salam semua........
Wah membingka lagi kita ,tapi bingka yang Akak nak share ni agak unik n senang......kalau ikut dari segi rasa adalah macam rasa kuih getas....ada gak rasa kuih dangai....so apa2pon moh kita tgk resepinye and rasa sendiri
  • 200 gm Kelapa parut putih
  • 80 gm gula pasir
  • 150 gm tepung pulut
  • 4 sudu besar air
  • 1 biji telur(pukul sedikit)
  • 1/2 s/teh garam
  • 1/4 s/teh pandan emulco
CARA2
  1. Satukan kelapa,gula,garam dan tepung gaul rata.Masukkan telur,pandan paste. masukkan air sedikit2
  2. Adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat,kelihatan kelapa bila diadun.
  3. Lenser loyang cara atau bahulu dengan minyak. panaskan dalam oven
  4. keluarkan acuan,masukan adunan hingga penuh. Bakar selama 20-30 minit dalam oven 200c atau hingga perang.

Wednesday, February 22, 2012

ANGIN BINGKA SUDAH MARIIII........

 Salam semua.......entah kenapa selepas balik dari bercuti ni mood memasak/membaking menjadi2 nilah hasilnya dan ada yang xsempat difoto jugak......kat atas tu bingka pandan rasa sesangat nak makan kalah orang bawak perut....hihi projek ni Akak buat balik dari office xleh nak tunggu2 . Moh Akak share resepi yang senang n sedap @ simple
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air pandan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan santan
  • 2 s/b butter
  • 1/2 s/teh garam
  • sedikit perwarna hijau
  • 3 biji telur
Caranyer senang aje...masuk semua dalam blender . Blend sebati .....bakar seperti bingka2 lain 180c hingga garing atas bawah.sejukkan sebelum dipotong.siap

 Yang dah berpotong hak atas ni Bingka nangka.......rasanyer sedap gak tapi xleh lawan bingka cempedak lagi sedap.
 Nangka lebih dari buat bingka....Akak buatkan pengat waduhhhhh sedap bangat tuuuu
 Yang ni pulak kuih koci pulut hitam.....sedap sangat bila kita buat  sendiri ...bolih tentukan rasanyer nak lebih manis ker ...nak lebih lemak kerr...semua ikut kita...kalau kita beli mmg xmemuaskan hati...kurang lemak kurang manis.....kalau jumpa yang cukup semua tu kira creditlahh.
Yang ni lak rendang campur(hati+paru+daging) ...dah siap masuk bekas nak bawa bekal gi opis makan ngan pulut....pssttt pulut lupa nak snap....yang pasti sedap.n kenyang tuk sarapan hari ni.

Thursday, February 9, 2012

Lempeng Sagu?buat sarapan pagi

Salam semua....... pernah makan lempeng?lempeng apa? pisang....tepung.....kelapa....emmmm lempeng bawang pon ok....Tapi yang ni akak nak share ngan semua lempeng sagu..sangat sedap dan lembut.....yaaaa sagu biji yang kita buat bubur tuuu.Akak pon baru first time rasa n buat,itu pon hasil perkongsian adik akak siangah yang kat melaka nun.....dia tu kalau bab memasak tu bukan main cencalang lagi ada ajeee ideanyer so terkeluarlah cerita lempeng sagu ni akak pon lupa nak tanya kat mana dia dapat resepi ni....menurut kata Siangah ni lempeng ni cicah ngan sambal tumis sedap bebangat. Tapi akak memandai aje cicah dengan gula merah......pon sedapppp cakap youuu....hihihi pada tekak Akak lah ,tekak orang lain xlah teman tahuuu.....buatnya pon senang main hagak2 aje
  • sagu biji ikut suka banyak mana nak(basuh dan tapis)
  • kelapa parut pon agak2
  • sedikit garam/air
 Buat nyer dah 4-5 keping tapi yang tinggal kat dalam pinggan tu masih lagi sekeping.....misteri!!!!
gaul semua rata2 tambah air sedikit2 hingga dapat seperti adunan kita membuat lempeng kelapa....lepas tudadarkan atas kuali yang diletak sedikit minyak.......balik2kan hingga sedikit garing .bolih diangkat .apa yang pasti lempeng ni kalau dah sejuk pon tetap lembut n sedap

Wednesday, January 25, 2012

LABU lah pulak.......

 LEPAT LABU

 TALAM UBI

 BINGKA KELEDEK


 APAM LABU


Semua kuih2 kat atas ni akak buat semasa cuti CNY.....mana yang isi dlm polistrin tu untuk dibahagi2kan
kat anak 2.Dalam banyak kuih tu akak paling suka apam labu tu tersangat gebus dan sedap bangat

Selain kuih berasas pisang labu jugak termasuk senarai kuih2 fav akak.
jom akak share resepi apam labu yang sedap ni ya
  • 300 gm labu (rebus empuk)
  • 400 gm tepung gandum
  • 200 gm gula pasir
  • 400 ml santan
  • 3 biji telur
  • 1 pkt ibu roti (muripan)
  • 2 s/kecil baking powder
  • sedikit garam
Blend labu,santan,telur dan ibu roti hingga sebati.
Tepung gandum diayak bersama baking dan garam.
Tuang adunan santan tadi kedalam tepung gandum yang telah diayak, gaul rata dan sebati simpan selama sejam.
Kukus kedalam acuan yang disukai selama 10-15 minit.

Tuesday, January 24, 2012

Apam Polkadot @ apam dot2



Salam semua.........
Akak sangat suka membuat apam ni ..........sedikit mencabar kesabaran dan kritiviti(btl ke ejaannyer)
jom kita tgk resepinyer ya
  • 3 biji telur
  • 170 gm gula halus
  • 275 gm tepung gandum
  • 150 ml susu segar 
  • 3 s/teh baking powder
  • 1 s/teh ovallatte
  • bluebarry/strwbarry/kaya/coklat atau apa2 inti yang disukai
Masukkan semua bahan kecuali bahan inti ,pukul hingga gebu dalam 5-6 minit,
bahagikan ikut warna yang digemari...... kukus selama 10-15 minit siap.

Saturday, January 14, 2012

Antara kuih minum petang yang sempat dibuat.....

 Bubur Kacang merah durian.....pelikkan !!!!tapi jangan tak tahu bubur kacang merah rupa2nyer lebih sedap dari kacang hijau.....

 Talam Pisang........sedap sangat (nanti akak masukkan resepinyer bila Free yaa)

 Apam Mekar........lembut dan gebu

Bingka Kastard (dan resepi)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tpg kastad
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan magerine (cairkan)
  • 410 ml susu sejat (akak guna susu kotak UHT)
  • 4 cawan jus pandan
  • perwarna hijau
  • bijan
  1. panaskan oven 180'c
  2. kisar semua bahan kecuali bijan dan tapis
  3. Loyang disapu magerine,masukkan adunan kedalam loyang
  4. tabur bijan bakar selama 30 minit atau hingga masak dan garing
  5. sejukkan sebelum dipotong.

Wednesday, January 11, 2012

Apakah nama sebenarnyer?

Cucur......jemput2.....atau cekodok eeemmmm tak pulak akak tau apalah sebenarnye kuih ini yang akak buat selepas balik dari office semalam....terasa sangat nak memakannyer,jemput2 durian @ cucur durian @ cekodok durian lantaklah apa yang nak dipanggil janji sedap dimakan......paling penting senang dan cepat.
  • 4 cawan tepung gandum + 1 s/t soda baikabonat + 1/2 s/t baking powder
  • 2 cawan susu (akak guna susu kotak UHT)
  • 1 cawan gula pasir (kurangkan kalau xnak manis sangat)
  • 1/2 s/t garam halus
  • 6-7 ulas durian
campur semua bahan diatas gaul rata.......panaskan minyak buatlah macam kita membuat jemput2 pisang.

sangat sedap bila dimakan dengan teh o .....

Monday, January 9, 2012

BINGKA CEMPEDAK


Cempedak buat bingka?sebenarnyer Akak pun baru dengar....biasa cempedak kita goreng dapat yang isi tebal2 tu fuuuuu sedapnyerrr.......kena lak dengan kopi o, Omak oiii mertua lalu belakang memang tak  nampak hihiii
 dah cukup2lah.... Jom Akak share resepi bingka cempedak yang sedap dan wangi bila dibakar,resepi ni Akak dapat dari Pakar @ ratu Bingka kak Fida.
  • 300 gm isi cempedak(bijinyer jangan dibuang ...nanti rebus empuk2 kita buat sambal tumis sedappp)
  • 650 ml santan
  • 2 biji telur
  • 240 gm tepung gandum
  • 150 gm gula pasir(bolih dikurangkan ,jika cempedak tu manis)
  • 1/2 s/k garam
  • 80 gm mentega dicairkan
  • 1/2 s/k perwarna oren atau kuning
  1. Tepung,gula,garam masukkan dalam bekas besar
  2. santan,cempedak,telur diblend sebati,Masukkan kedalam mangkuk tepung gaul rata2.
  3. Masukkan mentega cair serta perwarna  gaul rata supaya tidak bergentel.
  4. Alas loyang 10x7 dengan seedikit magerine,Bakar  dalam suhu 170'c selama 45 minit atau hingga masak dan garing
  5. sejukkan sebelum dipotong

Sunday, January 8, 2012

TART KENTANG


Salam Semua........
Akak nak share satu resepi yang akak dah buat minggu lepas....rasanyer sangat sedap n sesuai untuk sesape yang ada anak2 kecil mesti diorang suka ni.......lebih2 lagi akak yang mmg suka kuih2 yang berasas kentang sedap bangat cuba tau nanti :
  • 5 biji kentang (dibuang kulitnya dan dibasuh,sagat halus)
  • 1 biji karot (disagat halus)
  • 1/2 biji bawang besar juga disagat halus
  • Crab stick ikut suka (dipotong kecil)
  • 1/4 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 1 pkt mozzarella cheese
  • sedikit daun bawang
  • garam,serbuk perasa,lada putih
  • 2 sudu besar tepung jagung
  1. Campurkan kentang ,karot dan bawang besar dalam satu bekas besar(klu bolih perah keluar air dari tiga2 bahan ini)
  2. pukul susu bersama telur,tuang kedalam campuran kentang tadi,kacau rata.Masukkan segenggam cheese,daun bawang,isi ketam dan semua bahan perasa.Gaul sebati
  3. sapu magerine pada acuan muffin.Isikan adunan tadi dalam 3/4 acuan dan tabur sedikit cheese,buat hingga habis.
  4. Bakar dalam oven 190"c dalam 20 minit.sejukkan sebelum dikeluarkan.
  5. sedap dimakan dengan sos cili.

Monday, September 12, 2011

Talam Jagung/serimuka labu

Kita layan gambar dulu ya....resepinya Akak bagi nanti2 yaaaa....

kuih Seri Muka Labu



 
 

Tuesday, August 16, 2011

ROTI BAWEAN n PUDING TAHU @ LAICI





Nanti2 Akak letak resepi yaa.....kita layan gambar dulu
Puding tahu @ Laici(sangat2 lembut n sedap tak rugi cuba)akak ambik dari secubit garam Thanks to K.Nor
  1. 10gm agar2 serbuk
  2.  6 1/2 cawan air
  3. 1 1/2 s/besar gula
  4. 1/2 cawan santan
  5. 1/2 cawan susu pekat
  6. 1/2 cawan susu cair
  7. secubit garam
  8. sehelai daun pandan
Utk kuahnya
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici)
3-4 s/besar gula

Masak air bersama agar serbuk,masukkan gula dan daun pandan.biar mendidih.
Masukkan santan,susu pekat,susu cair dan garam. masak hingga mendidih
Padam api.......masukkan kedalam acuan yang disukai,
SELAMAT..........

Thursday, July 28, 2011

Menu makan malam Kami .....Hotdog @ conney dog n cucur badak






Menu kami semalam ,mulanyer tak nak lak makan yang berat2 kita makan conneydog ya bang......abang ok jer jawab sang suami....Akak apalagi ambik dua keping daging beger hancurkan tumis bawang merah cincang masuk daging beger masuk sos cili,sos tomato,sedikit cili serbuk rasa garam gula siap utk sos hot dog akak yang simple mimple.....rebus hotdog...potong dua roti hak panjang tu sapu butter,bubuh hotdog pas tu bubuh sos daging yang buat tadi,letak salad tomato,paipkan sos ngan mayo .....makan tak hinggat..sattle untuk dinner. Tapi dah kata makcik ni mmg takleh dok diam.....ada aje kojerrrnye bila nampak keledek ada,kelapa ada,eeeemmm apalah projek seterusnya........rasa2 nak buat cucur badak leh buat breakfast tuk esok.....ok kita mulakan.....


Cucur Badak

Bahan-bahan
  • 500 gm keledek rebus(lenyek sementara..tengah panas)
  • 1-3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • gaul semua keledek ngan tepongkanji dan gandum uli hingga rata ,ambil sedikit doh,bulat2kan kemudian leperkan isi inti,bulatkan balik kasi cantik.......siap semua bolehlah digoreng kuning  dan masak.
Intinya
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 s/besar udang kering
  • 3-5 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit air asam,gula dan garam
Cara-caranya
Cili+serai+udang kering+bawang2+blend halus ,gaulkan bersama kelapa parut ,masukkan asam .garam,dan gula ,goreng dalam kuali tanpa minyak hingga masak. siap.

Dapatlah  dalam 16 biji cucur badak Akak ni,kalau ikut kebiasaan orang letak udang kat luar cucur.....Akak tak bubuh pon......bila dah siap semua tak sabar lak nak tunggu esok ...eemmmm, teruslah goreng nak rasa.....rasa punya rasa sadar2 tinggal enam biji jer tok esok....oklah kot hahahaa.....