ROTI KOSONG PERISA PANDAN.......nak nampak glemer tabur n sagat cheese diatas
CHIKEN FLOSS BUN.....roti nya masih kekal kosong tanpa perisa cuma disapu susu pekat campur mayo dan ditabur chiken floss.......sangat yummy
ROTI INTI KACANG MERAH........banyak sangat kejadian nya so separuh biarkan kosong separuh lagi masukkan inti kacang merah dan ditabur bijan putih dan bijan hitam..
Ini lah kejadianya....Roti home made.....kita akan berasa sangat puas hati bila apa yang kita masak n buat dinikmati oleh keluarga tersayang....sambil berkata sedapppnya mak !!! hilang segala penat,rasa nak buat lagi dan lagi..
Showing posts with label Roti dan Piza. Show all posts
Showing posts with label Roti dan Piza. Show all posts
Wednesday, December 12, 2012
Thursday, April 15, 2010
Roti Boy Mexicano
Filling
* -200 gm mentega
* -1/2 teaspoon vanilla essence
* -70 gm brown sugar
* Topping
* -200 gm mentega
* -160 gm gula icing
* -3 biji telur grade A- pukul sedikit
* -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
* -200 gm tepung gandum
Doh Roti
* -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
* -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
* -20 gm susu tepung
* -75 gm gula castor
* -3 sudu kecil dry yeast
* -1 sudu kecil garam
* -1 biji telur- dipukul
* -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
* -60 gm mentega
Cara-cara
Filling
- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
- Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
- Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
- Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
- Masukkan telur dan air/susu segar.
- Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
- Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
- Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
- Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
- Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
- Mexican_bun2 -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
- Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






