Friday, June 10, 2011

Order dari teman.

Dalam proses pembuatan..

 Masih lagi musim mengedot. Apam dot2 filling blueberry.

Moist Chocolate Cake with Chocolate Ganache

Thursday, June 9, 2011

Cucur Udang @ Jemput2 Udang Simple Dimple


Rasa nak makan yang simple2 aje malam ni fikir2.....oooo baik buat cucur udang....dengan semangat berkobar2 akak meneruskan operasi mecucur.... senang dan cepat!

Ada orang suka makan cucur ni dengan sambal kacang. Akak lak tak berapa gemar makan ngan sambal kacang ni so akak buat aje sambal cicah biasa yang leh gak buat cicah keropok, sambal akak simple aje rebus cili kering ,blend bersama bawang putih,air asam atau cuka (akak guna asam aje sebab En hubby tak makan cuka) garam dan gula.

Dalam membuat sos ini rasa gula dan asam mesti balance baru sedap rasa sos kita.Akak nak share gak resepi cucur ni kat anak2 n adik2 semua kekadang resepi yang simple2 ni pon kita kalau tak biasa buat pon taktau!



Bahan2
  • 500 gm tepung gandum
  • 3 s/kecil udang kering (tumbuk halus)
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • 2 biji cili merah (cincang)
  • kubis (hiris)
  • kucai (potong2)
  • udang ikut suka (banyaknya)
  • 1 biji telor
  • 2 s/kecil Yis kering
  • garam n gula
  • air.. ikut kecairannya (agak2 macam kita buat jemput2 bilis)

Caranya sama macam kita membuat cucur atau jemput2....cuma yang ini bila adunan sebati kita biarkan sebentar sebelum mengorengnya. Siappp

    Tuesday, June 7, 2011

    Mengapam!

    Salam......semalam balik dari office agak cepat sikit , almaklum jalan tersangatlah clearnya,kalaulah sentiasa begitu.....eeemmm jangan harap minggu depan sekolah buka...siapplah

    Sesampai dirumah baru terfikir apalah untuk dinner hari ni?.........buka peti sejuk ada telor itik,eemmm masak lemak sedap ni...terus mulakan projek ,masak lemak cili padi telor itik bersama kacang buncis,goreng ikan tenggiri,dan yang penting sambal belacan buah pelam sodap oooo....

    Memang rezeki ramai.... Attholib n isteri , Samad anak kedua pon datang, so ramailah kami malam tu dinner bersama2.... Alhamdulillah cukup pon..

    Lepas makan semua pakat balik......tinggallah kami bertiga.....mokcik dah mula meraban apa....nak buat,ooo apakata ari ni akak mengapam,bahan pon ada so terjadilah Apam berinti Strawbarry... bahan2nya tersangatlah simplenyee!



    Bahan2
    • 3 biji telor(dari peti sejuk)
    • 275 gm tepung gandum
    • 220 gm gula halus (akak buat cuma 180 aje)
    • 150 ml susu segar
    • 3 s/teh baking powder
    • 1 s/teh ovallette
    • untuk filling ikut selera.....

    Caranya
    Mixer semua bahan kecuali filling,hingga kembang @ putih. Bahagi kepada warna2 yang disukai. Masukkan 1/2 bahagian adunan ,masukkan filling dan tutup penuhkan dgn adunan. Jangan lupa dot2kan ikut suka masing2. Kukus selama 15 minit dengan api yang sederhana.

    PS: Terima kasih kepada Zurina (rakan FB sebab share resepi yang senang n sedap)

    Monday, June 6, 2011

    Ahad dan Bubur al-Gandum

    Salam....Akak baru balik dari kenduri kat penang....akak bertolak selepas pukul 11 mlm.....saja bertolak malam untuk mengelak jem esok hari.mmg dijangka hari ahad semalam mesti jem teruk sebab ramai yang bertolak balik ke KL selepas cuti B'day Agong.Akak sampai KL pon dalam pukul 2 pagi tu lansung tak berhenti2....Tadi sepupu akak col, cerita dia sangkut kat jem (ahad) dari penang 5 ptg sampai Ipoh 9 malam......hahaha ambik kau!!!! mau berasap dalam kete,nasib akak balik dulu .

    Oklah kita lupakan cerita kenduri dan jem..,semalam jenuh cari idea apa nak di masak untuk lunch.....rasa macam nak makan sotolah pulak....tenguk2 semua barang2 ada dalam petisejuk terus jerang nasi impit segera ( Akak masak guna presure cooker) 20 minit siap,Pastu tumis sup soto (akak guna pencen) lepas sejam siap semua ,sambal kicap mmg dah sedia ada dalam peti sejuk...tapi lupa lak nak snap gambar ,I'm sorry......bak kata Amir rajalawak. Siap tu akak cakaplah dengan en hubby .....apa eh nak masak untuk minum petang ni....."buatlah apa2 abang okje."...akak ckp... akak nak buat bubur gandumlah rasa macam nak makan bubur gandumlah pulak "Haaaa... ngidam ke" kata Mr. hubby..... hissss ada ke ngidam dah tutuplah kilang wak oiii...



    Bubur Gandum ni semua orang pandai membuatnya kot.....akak tak de nak sukat2 main agak2 je

    Bahan-bahan:
    • rebus gandum hingga kembang
    • santan secukupnya....simpan yang pekat untuk kepala santan.
    • gula melaka
    • gula pasir secukup rasa
    • daun pandan
    Masak seperti membuat bubur kacang atau pulut hitam.

    Senang bangat.......
    

    Sunday, June 5, 2011

    Majlis Kahwin....Butterwoth Pulau Pinang

    Majlis kahwin.anak sedara sepupu.... best betul pemandangan tempat majlis ni berlangsung berdekatan dengan sawah padi sejuk mata memandang.......bagi kami yang tak pernah jumpa sawah padi ni macam jakunlah pulak asyik nak bergambar aje ,sian kat sepupu kami dari singapore siap pegang2 pokok padi nak rasa beza padi ngan lalang.......agaknya kalau pesawah padi tenguk kami mesti diaorang gelak teguling2 jakun betul orang2 ni......

    Bersama sepupu sepapat...


     Bersama anak-buah, Siti Nuratiqah........

     Bersama bapa saudara Syed Abu Bakar dari S,pore .... Sian dia tak berapa sihat tapi semangat nak jumpa saudaramara.


     Yang ni pulak bapa saudara dari JB Syed Alwi pon tak berapa sihat.......


     Akak dan Abah akak Syed Abd Rahman..... pon tak sihat gak


     Hak ni pulak maksaudara akak Sharifah Atiah dari Kulim nampak sihat tapi pon tak berapa sihat.....

    Yang ni Betul2 sihat pengantin barunya......Aisyah dan Shuhaimi selamat pengantin baru buat kelian berdua Umi doakan kelian bahagia kekal hingga keanak cucu.Buat Ibu pengantin perempuan Sharifah Shuhaila Kak yam ucapkan tahniah untuk menantu pertama semoga cepat menimang cucu...... AMIN

    Saturday, June 4, 2011

    Kenduri Kahwin. Di dewan Marina Resort Tanjung Emas Muor....


     
    Antara gambar2 yang sempat diambil semasa perkahwinan anak saudara sepupu.



     
    Majlis berlangsung ditepi laut..........siap angin sepoi2 bahasa....jadi akak2 jemputan tu makan tak hinggat2... nasi beryani.... laksa... bubur kacang laluuuu....jee



    Selamat Pengantin Baru buat Siti Nurul Akhmah dan pasangannya Azlan semuga berkekalan hingga akhir hayat...buat sepupu Sharifah Zaidah, Akak ucapkan tahniah untuk menantu pertama.....mudah2an tahun depan menimang cucu. Aminnn

    Wednesday, June 1, 2011

    Sarapan pagi........

    Kuih dadar @ ketayap

    Salam semua...........sekarang ni akak masuk office dengan lapang dada almaklumlah xde jem xde nak tension2 semua jalan clear aje kalaulah hari2 macam ni alangkah.......... 

    Pagi ni sempatlah jugak membuat sarapan pagi .........xde apa2 pon cuma kuih dadar.....kalau nak beli sekarang ni empat puluh sen satu,so baiklah kita buat sendiri.....lebih2 lagi adik2 yang ada anak2 yang kecil2 lagi yang suka kalau ibu2 dia buat sarapan atau apa2 saja sarapan walaupon jemput2 bilis seronok sangat bebudak tu.........pada akak memasak untuk keluarga ni banyak berkatnya.......yang penting terjamin kebersihannya.......dapat gak berjimat bagi yang berkeluarga besar.....Akak yang bertiga aje kat rumah ni pon prefer memasak sendiri dari membeli....alasan tak pandai memasak ni dah tak relevan... ,sekarang ni samada nak atau tidak aje kan...

    Akak dulu2 masa baru nak belajar memasak,bila nak buat kuih dadar ni rasa macam nak nangis.... asyik melekat aje kat kuali ....akak jenis try n error so banyaklah errornya tapi bila dah lama tu barulah faham selain resepi yang bagus kuali juga nak di ambil kira.....sebaiknya gunalah kuali jenis non stick so xdelah melekatnya......hahaha panjangnya membebel ari ni yaa...ok akak nak kongsi resepi basic dadar ,kalau guna basic ni insyaallah selamat , kalau nak lebih gandakan aje sukatanya ya....
    •  3 cawan tepung gandum
    • 3 1/2 cawan air atau santan (yang ni terpulang pada selera kita susu segar pon bolih)
    • 1 biji telor
    • perwarna hijau dan sedikit garam
    cara nak membuatnya senang aje campur semua bahan2 kat atas tadi dan masukkan kedalam blender ,blend sekejap hingga sebati ,siap untuk mendadar...

    Untuk intinya
    • kelapa parut (klu dapat biarlah yang muda n putih barulah sedap inti kita)
    • gula merah ikut manis + sedikit air
    • 1 s/b tepung jagung
    • daun pandan 
    • Masak semua atas dapur guna api yang kecil aje biar kering rasa manisnya.so..... siap untuk digunakan.