Friday, April 16, 2010

Kuih Seri Muka

Setelah mencuba berbagai resepi seri muka, akak rasa ini adalah resepi yang terbaik ......

Lapisan Bawah (pulut) :

  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam

Rendam pulut 4 jam, basuh dan toskan.kukus selama 1/2 jam.Apabila pulut masak tekankan kedalam loyang yang beralas plastic supaya senang untuk dikeluarkan. tekan padat2.

Lapisan Atas :

Bahan A

  • 250 gm gula pasir
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 20 gm air daun pandan

Bahan B

  • 4 biji telur (pukul rata)
  • 1/2 tsp garam
  • 1/4 tsp esen pandan (klu suka)
  • 1/4 tsp air abu (klu suka)
  • pewarna hijau
  1. satukan A , kacau rata masukkan bahan B kacau rata dan sebati.
  2. tapis kedalam periuk & masak
  3. kacau hingga naik wap.
  4. tuang keatas lapisan bawah kukus selama 30 minit.

Resepi ini agak banyak (dlm 10x10x2) jadi pada sesape yang nak mencuba bolih di bahagi 2 adunan ini.

3 comments:

  1. maaf nak bertanye "Air Abu" ape?

    ReplyDelete
  2. alkaline water.....kalau dalam masakan nyonya selalu letak ni..ada dijual di kedai2 bakery...

    ReplyDelete
  3. tak guna tepung gandum ke sis..

    ReplyDelete